
Teringat rakan sekelasku berkata 'have a good study weekend'. Dalam hati, study la sangat, aku nak ke Christchurch ni. Memang kita tak sama. Aku hidup untuk dakwah ini walaupun dakwah sebenarnya tidak memerlukanku. Lagi sekali aku berpeluang ke Christchurch tahun ini. Dah masuk berapa kali yea? Rasanya dah semakin dekat jarak kita. Allah dah memendekkan agaknya. Mari kita ikhlas kan diri, bawa iman dan keyakinan dalam hati. Bertolak dalam kepekatan malam dan kedinginan musim sejuk, Toyota Camry bersama 4 mujahidah yang lain meluncur gagah. Siapa kami? Alhamdulillah, kami orang-orang yang dipilih oleh Allah. Untuk ditarbiyyah, untuk diuji, juga untuk diberikan nikmatNya.
Banyak yang dipelajari di sana, mungkin medan baru bagi dakwah kita. Terharu melihat adek-adek baru yang berminat dengan islam. Begitu banyak air mata yang mengalir kerana mengenangkan nasib umat dan pengorbanan golongan terdahulu. Begitu kuat kecintaan kepada Rasulullah S.A.W. Terharunya dengan perjuangan para sahabat. Kagum dengan empayar 2/3 dunia, islam berdiri gagah. Semakin yakin dengan janji-janji Allah dan kemenangan islam. Oh! Jiwa-jiwa yang halus itu sangat tersentuh. Betapa banyaknya kebaikan dalam hati mereka. Betapa Allah juga memilih mereka. Walaupun tak ramai, tapi kualitinya tetap ada. Dakwah itu milik Allah, akan subur di mana sahaja yang Allah kehendaki.
Semua ini menyebabkan aku teringat kembali bagaimana aku mula2 dilanggar hidayahNya. Tidak kurang juga semangatnya. Mula muhasabah sejak itu. Rasa kerdil dan malu dengan adik-adik ini. Aku juga ingin seperti mereka. Semangat yang baru, keinginan yang mendalam. Harap-harap ianya tetap ada. Tak lapuk dan tak lekang.
Marilah kita sama-sama bangun wahai adik-adikku.
Kami datang hanya untuk menyemai benih-benih kefahaman dalam dirimu.
Tetapi adik-adiklah yang akan menjaga, menyiram, membaja dan mecabut rumput rumpai supaya akan lahirlah pokok yang sihat dan besar.
Lalu akan ramailah orang lalu-lalang datang berteduh dibawahnya atau mengambil buahnya.
Teruskanlah usahamu untuk itu walaupun kadang-kala mungkin ada haiwan yang ingin memakannya.
Atau musuh yang ingin mencantasnya.
Atau pun pokok tidak mahu membesar dan makin layu.
Tetapi tetap teguh lah dengan usahamu melahirkan pokok-pokok yang melambangkan jati diri mu yang berkembang dengan islam.
Kamu bukan seorang. Mereka di sana tetap dengan usaha yang sama.
Begitu juga kami, inshaAllah...
Semoga kita bermanfaat untuk islam dan ada saham dalam kemenangannya.
Ameen...
No comments:
Post a Comment