Tuesday, May 27, 2008

eheh...

Projek TKC diiktiraf dunia
SEREMBAN: Projek mencipta ubat pencegah ulser perut menggunakan akar daun kadok yang dijalankan tiga pelajar Kolej Tunku Kurshiah (TKC) di sini, mendapat pengiktirafan peringkat dunia. Kumpulan itu yang diwakili Nur Syahrina Ahmad Salim, 17; Nur Farawahidah Mohd Yusof, 17, dan Fadhlina Abdul Bashir, 16, bersama guru pembimbing, Siti Raudhah Amri, memenangi tempat ketiga Anugerah Utama Kategori Berkumpulan pada Pertandingan Kejuruteraan Sains Antarabangsa Intel di Atlanta, Amerika Syarikat, baru-baru ini. Kejayaan luar biasa itu sekali gus mengharumkan nama Negeri Sembilan dan negara di persada antarabangsa. Siti Raudhah berkata, pertandingan itu berlangsung dari 11 hingga 16 Mei lalu dengan membabitkan 1,700 projek dari seluruh dunia dalam beberapa bidang sains antaranya biomedik, kejuruteraan elektrik, sel, biokimia, perubatan, komputer, sains sosial, konservasi alam sekitar, biologi, kimia dan fizik. Menurutnya, Malaysia menghantar dua pasukan termasuk kumpulan dari Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kota Kinabalu, Sabah dan MRSM Taiping, Perak. “Kejayaan TKC mengungguli kategori berkumpulan sememangnya tidak dijangka kerana kami mendapat saingan hebat dari peserta Singapura, China dan Taiwan, namun ketika membuat persembahan, kami yakin mampu meraih kejayaan kerana bahan projek yang kami ketengahkan berkaitan masyarakat antarabangsa. “Kami bangga kerana dapat mengharumkan bukan saja Malaysia, malah negeri ini dan kolej di peringkat antarabangsa,” katanya ketika ditemui selepas diraikan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan di Wisma Negeri, semalam.


Saje nk letak. Moga TKC lebih banyak lahirkan jundullah ;)
Alhamdulillah, ketetapan Allah itu memang yang terbaik. Bersyukurlah dengan nikmat kurniaanNya. Redha dan bersangka baiklah. Then you will know that Allah has done the best things to make you know about this 'jalan' (and will always do) and protect you from the outside world...huhu... Or probably at least make you think which is good and bad. Of course Allah knows best :D

Friday, May 23, 2008

Kuatkah aku...

Tak tau nak kata diri ini kuat atau tidak. baru menitiskan air mata, lega juga rasanya. tetapi persoalan dlm diri dan fikiran masih tetap bermain2. cuba utk tidak berfikir, namun tetap juga terfikir. mungkin kerana ini projek dakwah seumur hidup. jadi ia menjadi persoalan penting. bisikan2 kesabaran juga tetap menemani diselang-seli dgn bisikan2 putus asa dan kecewa yg berlawan-lawan. tapi kalau tak kuat, mcm mana nk teruskan hidup ini. cabaran akan datang pasti jauh lebih hebat. tarbiyyah Allah berperingkat2, ujian dahulu tak sama seperti sekarang. namun, Alhamdulillah, dah masuk tahun ke 5 perubatan dan tahun ke 4 dalam dunia dakwah, diri ini mampu bertahan. bertahankah? panjang lagi hidup perlu diteruskan. apa akan jadi 10 tahun atau 20 tahun atau 30 tahun akan datang kalau diri ini masih begini. atau mungkin regress sebenarnya. mungkin dulu lebih kuat, seorang diri mencari jiwa2 yang kental yg lain. jadi diri perlu kental dahulu. tapi sekarang macam statik, mereka yang lain akan pergi meninggalkan diri ini dan memenuhi janjinya kepada Allah jika tidak turut sama bersungguh2.

amal juga makin berkurang. sepanjang siang di hospital, 730 pagi dah ada di hospital. balik dah gelap malam winter time. malam dah penat, awal2 lagi dah menyerah kalah. dengan apakah sebenarnya aku disibukkan?? terasa diri begitu tidak bermanfaat. bagaimana pula nnt dgn kehidupan doktor akan datang? tak balik2 rumah kah? wallahu 'alam. sekarang ni, harapkan tambahan solat sunat, tilawah, mathurat, kdg2 hafazan, tahajjud pun selang2, bacaan yg byk2 buku tp xabes pun mana2 buku, utk kekuatan dalam diri. rindukan diri yang dulu, himmah aliyah yg pernah dipegang, kesabaran dan keteguhan dahulu. oh! moga diri ini masih lagi kuat, tidak byk mengeluh dan terus bersabar dgn kesabaran yg tinggi. memang hidup ini adalah perjuangan dalam diri. berlawan dgn hawa nafsu dan kehendak diri sendiri. serahkan bulat2 pada Allah dgn tawakal paripurna. moga Allah tak biarkan hidup ini ditetapkan oleh diri sendiri walaupun dgn kadar sekelip mata pun. Allah lah sebaik2 pelindung dan penolong...

Wednesday, May 14, 2008

Tulang dan Daging

Diriwayatkan daripada ‘Abdullah bin Mas‘ud r.a., beliau berkata: “Rasulullah s.a.w. telah menceritakan kepada kami - dan Baginda adalah orang yang benar lagi dibenarkan - : “Sesungguhnya seseorang kamu dihimpunkan kejadiannya di dalam perut ibunya selama 40 hari dalam bentuk air mani.
Kemudian dia menjadi seketul darah selama tempoh itu. Kemudian dia menjadi seketul daging pula selama tempoh itu juga. Kemudian Allah mengutuskan kepadanya satu malaikat, lalu dia meniupkan roh padanya. Malaikat itu disuruh oleh Allah dengan empat kalimah: menulis rezeki, ajal, amal, dan celaka atau bahagia janin tersebut. Maka demi Allah yang tiada tuhan selain-Nya, sesungguhnya seseorang kamu memang beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga tidak tinggal antaranya dengan syurga kecuali sehasta. Lalu takdir yang telah ditulis mendahuluinya, lantas dia beramal dengan amalan ahli neraka, lalu dia memasuki neraka. Sesungguhnya seseorang kamu memang beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga tidak tinggal antaranya dengan neraka kecuali sehasta. Lalu takdir yang telah ditulis mendahuluinya, lantas dia beramal dengan amalan ahli syurga, lalu dia memasuki syurga.”

Hadis ini diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim.

Susungguhnya manusia itu hanyalah tulang2 yg dibaluti daging, urat2 dan saraf2 lalu dimasukkan nyawa oleh Allah. Dibalut semuanya dengan kulit yang pelbagai warna dan jadilah ia Siti, Nur, Chong atau Shiva. Maka mengapakan manusia itu selalu bongkak dan tidak memikirkan? Sedangkan apabila jasad berpisah dengan roh, lalu jasad di makan ulat, meninggalkan tengkorak dan rangka2 yg semuanya sama sahaja. Yang membezakan antara satu sama lain hanyalah AMAL mereka.