Projek TKC diiktiraf dunia
SEREMBAN: Projek mencipta ubat pencegah ulser perut menggunakan akar daun kadok yang dijalankan tiga pelajar Kolej Tunku Kurshiah (TKC) di sini, mendapat pengiktirafan peringkat dunia. Kumpulan itu yang diwakili Nur Syahrina Ahmad Salim, 17; Nur Farawahidah Mohd Yusof, 17, dan Fadhlina Abdul Bashir, 16, bersama guru pembimbing, Siti Raudhah Amri, memenangi tempat ketiga Anugerah Utama Kategori Berkumpulan pada Pertandingan Kejuruteraan Sains Antarabangsa Intel di Atlanta, Amerika Syarikat, baru-baru ini. Kejayaan luar biasa itu sekali gus mengharumkan nama Negeri Sembilan dan negara di persada antarabangsa. Siti Raudhah berkata, pertandingan itu berlangsung dari 11 hingga 16 Mei lalu dengan membabitkan 1,700 projek dari seluruh dunia dalam beberapa bidang sains antaranya biomedik, kejuruteraan elektrik, sel, biokimia, perubatan, komputer, sains sosial, konservasi alam sekitar, biologi, kimia dan fizik. Menurutnya, Malaysia menghantar dua pasukan termasuk kumpulan dari Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kota Kinabalu, Sabah dan MRSM Taiping, Perak. “Kejayaan TKC mengungguli kategori berkumpulan sememangnya tidak dijangka kerana kami mendapat saingan hebat dari peserta Singapura, China dan Taiwan, namun ketika membuat persembahan, kami yakin mampu meraih kejayaan kerana bahan projek yang kami ketengahkan berkaitan masyarakat antarabangsa. “Kami bangga kerana dapat mengharumkan bukan saja Malaysia, malah negeri ini dan kolej di peringkat antarabangsa,” katanya ketika ditemui selepas diraikan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan di Wisma Negeri, semalam.
Saje nk letak. Moga TKC lebih banyak lahirkan jundullah ;)
Alhamdulillah, ketetapan Allah itu memang yang terbaik. Bersyukurlah dengan nikmat kurniaanNya. Redha dan bersangka baiklah. Then you will know that Allah has done the best things to make you know about this 'jalan' (and will always do) and protect you from the outside world...huhu... Or probably at least make you think which is good and bad. Of course Allah knows best :D
Tuesday, May 27, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment