Thursday, June 12, 2008

Ibu oh ibu

Semenjak dua menjak ni selalu teringat kat ibu...
Terjumpa post ni, hmm best jugak nak share...


Orang kata aku lahir dari perut Ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. Ibu
Bila lapar, yang suapkan aku.. Ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. Ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!
Bila bangun tidur, aku cari.. Ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang.. Ibu
Bila nak bermanja, aku dekati.. Ibu
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.. Ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.. Ibu
Bila nakal, yang memarahi aku.. Ibu
Bila merajuk, yang memujukku cuma.. Ibu
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.. Ibu
Bila takut, yang tenangkan aku.. Ibu
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.. Ibu
Aku selalu teringatkan. . Ibu
Bila sedih, aku mesti telefon.. Ibu
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.. Ibu
Bila bengang, aku suka luah pada.. Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu!”
Bila sakit, orang paling risau adalah.. Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.. Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu.. Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.. Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin, Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.. Ibu
Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok, aku cari.. Pasanganku
Bila sedih, aku cari.. Ibu
Bila berjaya, aku ceritakan pada.. Pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.. Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat.. Pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.. Ibu
Bila nak bercuti, aku bawa.. Pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.. Ibu
Bila sambut valentine, Aku hadiahi bunga pada.. Pasanganku
Bila sambut hari ibu, aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu aku ingat.. Pasanganku
Selalu Ibu ingat kat aku
Bila-bila aku akan telefon.. Pasanganku
Entah bila, aku nak telefon.. Ibu
Selalu aku belikan hadiah untuk.. Pasanganku
Entah bila, aku nak belikan hadiah untuk.. Ibu



Renungkan:
“Kalau kamu sudah habis belajar dan berkerja, bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu bukan nak banyak, lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”. Berderai air mata aku. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada. Aku tidak berkesempatan lagi, bukan lima puluh ringgit, lima puluh sen pun tidak sempat aku kirimkan! Hanya yang termampu Al-Fatihah, Al-Fatihah, Al-Fatihah.


Al-Fatihah juga kepada saudara-saudaraku yang telah kehilangan Ibu tercinta. Kasihnya ibu membawa ke syurga.




*****

Pagi tadi semasa lecture paediatric oncology, lecturer bertanya 'who will be the first person you wanna tell if you are diagnosed with a dreadful disease?' Terdengar ramai menjawab, 'mum!'
Betapa seorang ibu itu mempunyai tempat yang tinggi di hati setiap anak.. subhanallah... Orang-orang kafir sendiri berpendapat sedemikian. Maka tak hairanlah islam yang benar ini sendiri begitu mengangkat darjat seorang wanita bergelar ibu 3 kali ganda banyaknya. Marilah kita mencari keredhaan ibu kerana keredhaannya keredhaan Allah juga...

ibu... [hasil lukisan adik saya, walaupun macam tak jadi sgt hihi]


Thursday, June 5, 2008

Emergency Med & Musculoskeletal OSCE

7 minutes each station...

Station 2:
Assoc. Prof JC Theis


Tell me about this Xray

1) # of mid shaft of clavicle, transverse #, angulated but not displace. how would you manage? conservative. how? rest pain relief splint (huhu..xtau. guna splint ke? mcm yg no 8 dalam buku tu ke?)

2) supracondylar # of the humerus. 100% displaced, angulated. how would you manage? open reduction internal fixation. (nak ckp ke guna K wire? tapi nanti salah rugi lak huhu. tapi mmg budak perempuan yg datang clinic tu pakai K wire) what would you worry about? (teringat kat budak tu.. die kene fasciotomy oh!) nerovascular structure, compartment syndrome. what artery and what nerve? median nerve. good. (err,, nk ckp ape, radial artery dekat midshaft of humerus...try je la. blh plak lupa brachial artery yang dengar untuk blood pressure tu la..ish)

3) lateral Xray of spine: what do you see? ostephytes, subchondral sclerosis, loss of joint space? haa yeaa... (huhu) diagnosis? OA of spine.. yeahh definitely. (huuh)

4) # of distal radius. it's impacted and angulated. minimally displaced. probably it is Colles #. It is a Colles # (huhu) management? closed reduction, put in a cast. (patut jawab manipulation and closed reduction oh!) what is the complication? Joint stiffness. yea2.. (alamak lagi ape?) mal-union etc etc...huhu

5) intra-articular # NOF, subcapital. minimally displaced with varus impacted (err varus ke valgus ni) management? hemiarthroplasty. why? (eh salah ke saya jawab) it is correct hemiarthroplasty but why? because she is elderly in rest home and it only last for 5 years (suka hati je saya jawab mcm ni... mmg xlogik gak la)

6) radiograph of ankle joint. it is weber B or C ankle # with # of distal fibula (mmg la weber classification of ankle # kat fibula huhu) with talar shift. what other structure would be damaged? deltoid ligament err err... (nape tak ingat syndecmosis tadi) management? open reduction internal fixation. yeaa.. screws and plate.. hmmm

7) shoulder dislocation. what else? coracoid? nope. acromion? nope (huhu) it is avulsion # of greater tubercle. (oh dah xsempat dah)

Station 6
ED

hey Siti, come in.
i thought i should be waiting outside.
no no,, you are welcomed (baik nye die ni)

ok, here is the scenario... (consultant ni pun membaca kuat2 untuk saya,, biar betul, xde lagi osce mcm ni)
ok, what is you initial managemnet?
ABC!
can you expand a bit more.
A .....
B .....
C .....
DEFG. before give fluid, take blood, for FBC, U&E, cross match, and and blood... blood... blood cultures? oh tidak... Dont Ever Forget Glucose! (nape saya lupa gak sebenarnya huhu..exam stress)
Disability. (ni apa maksud die duhhhh) name 2 ways to assess LOC.. huhu GCS and and... A,,, err
ok, look at the Xrays, what the most obvious you see? increase lung opacity, widened mediastinum. caused by? (peliknya takkan orang tadi bleh ada chest mcm ni?)

another Xray, avulsion # of ulnar/radial styloid. (huhu..apakah)

Station 4
Dr S. Stebbings

(waaahh,, ni doktor yang pernah marah saya dulu..huhu. ni plak patient yg pernah saya kenal waktu integrative week,, apakah)

ok Siti, this is Igrit. Please examine her hands.

Hi, My name is Siti. I'd like to examine you today, is that all right with you?

(pada Dr Stebbings) Err... i usually use a pillow. Do you have any? (demand lak saya ni, mana tau ada markah ke pakai bantal hihi)

(okeh... LOOK, FEEL MOVE)

(dah abes, mcm dah buat sume je tapi ada masa lagi ni.. tanye function die, buat screening movement kat bahu die.. hihi..)

so, what is your diagnosis? (erk, bukan ke patient ni mmg ada RA dulu tu, pelik je tanye diagnosis lagi. lagipun RA kan kene buat blood test sume... apa2 jelah) Rheumatoid Arthritis

wah rupa2 nya ada gak yang tertinggal... huhu.. biasala exam xpenah perfect

*****
lepas abes, students sume gi staff cafe bercerita pengalaman osce masing2..hihi

Station 1
Mr D Gwynne Jones

tidak dapat hadir, diganti oleh Mark, the reg.
student masuk (aik, where's Mr Gwynnes Jones, where's the patient, mungkin menyorok bawah kerusi, or bawah meja :D)

Mark: I'm the patient. Take hx from me and examine me (hihi... very classic carpal tunnel syndrome. tap3 for tinel's test... aaaauuch - dgn suara yg mengantuk. 5secs Phalen's test... aaaaaa - suara mengantuk lagi)

*****
the next day...
MCQ...
tak tau nak kata ape.. nape susah sangat ni. bende2 medical pon tanye. yang tak belajar pon ada. jawapan boleh tau terus pulak tu (sebb buat kat komputer lab). sedang dh banyak jawab, rasa macam dh banyak salah jugak... risau nye tak lepas. huhu...
Tapi alhamdulillah banyak revise pathology n rhemotology sket2. Amek ppt kat kelas tu membantu sangat2... Alhamdulillah,,, Allah selamatkan saya lagi. Allah yang bagi ilmu kat saya dan guide saya yang mana saya perlu belajar :)
Semoga Allah tetap membimbing saya dan kita semua, ameen...

Ok tunggu PASAF (Professional Attitudes & Summary of Achievement Form) dengan Mr Dunbar plak next week. Kan bagus kalau sume surgeon mcm dia ni. Allah dah bagi ketetapan yang terbaik untuk saya lagi. Alhamdulillah... Allah sangat tau yang terbaik untuk saya :)
Kalau results tak ok pon nanti, iAllah itu yang terbaik untuk saya juga. At least saya dah usaha, iAllah.

Saya akan miss orthopaedics! It's a nice run alhamdulillah.

*****

note: # ialah singkatan untuk fracture

Monday, June 2, 2008

Kami hanya menyemai benih, andalah yang menyiram, membaja dan membuang rumpai.

Alhamdulillah, rasa bertubi-tubi peringatan dari Allah atas diri ini. Bermula dengan refleksi musim luruh, usrah dan meeting. Semuanya membongkarkan semangat-semangat yang telah lama sepi, meledakkan kembali keinginan-keinginan yang tinggi dan meluruskan kembali matlamat yang telah semakin membengkok. Semoga Allah terus memilihku...



Teringat rakan sekelasku berkata 'have a good study weekend'. Dalam hati, study la sangat, aku nak ke Christchurch ni. Memang kita tak sama. Aku hidup untuk dakwah ini walaupun dakwah sebenarnya tidak memerlukanku. Lagi sekali aku berpeluang ke Christchurch tahun ini. Dah masuk berapa kali yea? Rasanya dah semakin dekat jarak kita. Allah dah memendekkan agaknya. Mari kita ikhlas kan diri, bawa iman dan keyakinan dalam hati. Bertolak dalam kepekatan malam dan kedinginan musim sejuk, Toyota Camry bersama 4 mujahidah yang lain meluncur gagah. Siapa kami? Alhamdulillah, kami orang-orang yang dipilih oleh Allah. Untuk ditarbiyyah, untuk diuji, juga untuk diberikan nikmatNya.

Banyak yang dipelajari di sana, mungkin medan baru bagi dakwah kita. Terharu melihat adek-adek baru yang berminat dengan islam. Begitu banyak air mata yang mengalir kerana mengenangkan nasib umat dan pengorbanan golongan terdahulu. Begitu kuat kecintaan kepada Rasulullah S.A.W. Terharunya dengan perjuangan para sahabat. Kagum dengan empayar 2/3 dunia, islam berdiri gagah. Semakin yakin dengan janji-janji Allah dan kemenangan islam. Oh! Jiwa-jiwa yang halus itu sangat tersentuh. Betapa banyaknya kebaikan dalam hati mereka. Betapa Allah juga memilih mereka. Walaupun tak ramai, tapi kualitinya tetap ada. Dakwah itu milik Allah, akan subur di mana sahaja yang Allah kehendaki.

Semua ini menyebabkan aku teringat kembali bagaimana aku mula2 dilanggar hidayahNya. Tidak kurang juga semangatnya. Mula muhasabah sejak itu. Rasa kerdil dan malu dengan adik-adik ini. Aku juga ingin seperti mereka. Semangat yang baru, keinginan yang mendalam. Harap-harap ianya tetap ada. Tak lapuk dan tak lekang.

Marilah kita sama-sama bangun wahai adik-adikku.
Kami datang hanya untuk menyemai benih-benih kefahaman dalam dirimu.
Tetapi adik-adiklah yang akan menjaga, menyiram, membaja dan mecabut rumput rumpai supaya akan lahirlah pokok yang sihat dan besar.
Lalu akan ramailah orang lalu-lalang datang berteduh dibawahnya atau mengambil buahnya.
Teruskanlah usahamu untuk itu walaupun kadang-kala mungkin ada haiwan yang ingin memakannya.
Atau musuh yang ingin mencantasnya.
Atau pun pokok tidak mahu membesar dan makin layu.
Tetapi tetap teguh lah dengan usahamu melahirkan pokok-pokok yang melambangkan jati diri mu yang berkembang dengan islam.
Kamu bukan seorang. Mereka di sana tetap dengan usaha yang sama.
Begitu juga kami, inshaAllah...

Semoga kita bermanfaat untuk islam dan ada saham dalam kemenangannya.
Ameen...