Friday, September 26, 2008

Spring time!!!







Credit to Elvina for all those pics... Blooming cherry blossoms around the house... (and the tree that she said was nice, taken on her way back from Otautau)
Subhanallah... All praise be to Allah...
Moga imanku, hatiku, akhlakku, semangatku are all positively blooming too, ameen Ya Rabbi.

Uzlah Ramadhan 1429H

Monday, September 15, 2008

Buat ukhti yang disayangi

jauh di mata dekat di hati...


bersabarlah ukhti,
Allah ingin menambah pahala mujahadahmu,
sungguh, ini tarbiyyah Allah supaya dirimu lebih redha dengan apa yang Dia tetapkan,
kelak moga redha Allah jua yang kamu dapat,
sesungguhnya apa yang kita inginkan, tak semestinya kita akan miliki,
malah yang kita tak inginkan, itulah mungkin terbaik untuk kita...
belajarlah untuk redha dan tawakkal selalu...

keluhan demi keluhan,
ujian demi ujian,
dirimu yang kukenal sejak dahulu telah jauh bezanya
pergolakkan mematangkan mu
permasalahan mematangkan mu
semua di sekeliling pastinya telah mematangkan mu
inilah indahnya tarbiyyah
dari Allah yang Maha mendidik
menjadi kan dirimu tetap dirimu tetapi dengan kekuatan luar biasa!

wanita itu banyak perasaan dan emosinya
tidak salah untuk memilikinya
malah kehadirannya untuk diraikan
untuk mewarnai kehidupan kita
tetapi janganlah emosi itu yang mengawalmu
tetapi bendunglah ia agar emosi itu turut mentaati Ilahi...

kau memanjangkan doa dan munajatmu
dengan kekuatan ketahanan
dengan kekuatan kesabaran
dengan penuh pengharapan
engkau teruskan jua
itulah yang ALlah ingin kan
agar dirimu sentiasa bergantung padaNya
berpaut padaNya
terus mengingatiNya

bersyukurlah ukhti,
telah banyak Allah memberikan nikmatnya padamu
tidak terhitung banyaknya
percayalah ianya juga satu nikmat dalam proses tarbiyyah ini
yang pasti, Allah memang telah memilihmu
agar dirimu lebih sempurna
maka bergantunglah padaNya
berserahlah padaNya
pasti dirimu takkan kecewa

kuselitkan namamu dalam doaku
agar kekuatan sentiasa menjadi temanmu
agar dirimu sentiasa dlm petunjukNya
agar pertolongan Allah sentiasa dalam dakapan mu
menangislah jika ingin menangis
agar air mata itu turut menjadi saksi
keluhan dan rintihan pada Ilahi

semoga kasih Allah sentiasa menemanimu...

pemudiDD
winton
15.09.08
11.03pm

Friday, September 12, 2008

Khabar dari Winton, Western Southland

Alhamdulillah, pejam celik dah hampir seminggu saya di Winton. Pengalaman yang menarik yet penuh dengan cabaran dan dugaan. huhu. Saya sampai hari Ahad dlm pukul 625pm, jadi terus berbuka dalam kereta jugak (dah prepare2 kurma kat sebelah :) ) Sapatutnya nak sampai lebih awal, tapi salah budget time, campur sesat lagi kat Mataura, gi tanya orang rumah kat mana, stop balik, pusing-pusing baca peta, stop baca peta (wp kdg2 baca gak peta waktu drive huhu) stop solat di Cinton akhirnya sampai lewat juga. Alhamdulillah tak jauh malam dalam keadaan sorg2 begini huhu.

Konfius jugak baca peta ni! Selalu kalau jaulah, tak yah baca peta pun. Co-driver yang dedicated ada kat sebelah ;P Travel sorang2 ni terpaksalah pandai juga. Alhamdulillah, satu lagi kemahiran Allah nak kasik kot? Tambah kemahiran tukar CD, bukak tutup heater, adjust cermin sambil drive huhu...

Terasa sedeh sangat waktu berpisah dengan ahlul bait. Cepat2 salam peluk, terus lari masuk kereta. Nanti lama2 air mata kuar lak huhu (wp rs cm dah bergenang2 huhu)... Saya tak boleh sedeh2 sangat, nanti stress, spoil the mood. Kene betulkan niat, redha dan pergi dengan rela hati serta ceria :)
Selalunya kalau jaulah, tak terasa pun penatnya. Kadang2 boleh masak lagi bila sampai. Bila sendirian, nak kemas pun tak larat huhu... Baru 3 jam je drive dah rebah dulu. Terawih pun lewat sket... Nilah dikatakan kena hidup berjemaah, baru ada kekuatan bersama-sama. Hmm...

Hari Pertama yang menduga

Apabila diberitahu placement untuk clinic saya di Riverton dan Tuatapere, rasa macam nak nangis. Tahan2, jangan keluar depan semua orang... Waaa banyak nye ujian Allah nak kasik saya. Kenapa saya, kenapa tak kawan saya yng pergi. Dah la bulan puasa ni, nak drive jauh2 lagi, nak prepare buka etc... Penatnya... Saya terus memujuk hati. Geram juga kat kawan yang dapat stay, ntah apalah reason dia. Pujuk lagi hati. Allah sayang saya kan? Sebab tu Allah bagi ujian macam ni. Allah ingat kat saya kan? huhu.... Terharu.... Alhamdulillah

Dalam tengah sedeh2 masa drive, tak jadi pulak sedeh sebab tiba-tiba teringat tak bawa purse. Minyak pulak tinggal separuh. Petrol vaucher pun tak bawak. Kalu sesat2 tak cukup minyak, nak cari duit kat mana?? Oh2, panic2. Pulak tu memang sesat (sebab bukan guna motorway), and meter dh bergerak banyak. Tawakkal dan berharap jelah pada Allah, nak buat macam mana lagi. Kalau dapat sampai kat Riverton nanti, minta la pinjam duit cash kat GP atau staff kat sana untuk petrol tambang balik huhu....

Alhamdulillah pergi dan pulang dengan selamat dan pastinya saya telah underestimate minyak tu :)

GP saya Dr EM ni Scottish la plak, jadi susah nak faham apa yang dia cakap...huhu. Kena dengar betul2 isk isk... Layan jela... Praktis2, spy mudah faham pd masa2 akan datang, iAllah.

Hari kedua dan seterusnya...


Hari Selasa selain bersama GP atau jumpa patient sendiri, saya bersama Podiatrist tengok dia bersihkan kuku kaki, corn, callus etc. Yang menariknya, saya baru tau ada degree programme untuk jadi Podiatrist ni - Bachelor of Health Science and Podiatry. Ingatkan main cuci cenggitu je huhu.... Apakah

Hari Rabu bermula dengan bestnya... Saya ikut district nurse jalan2. Dia bawa saya tour kat tempat2 menarik kat Riverton, beberapa township di sini etc wp masa tu hujan sepanjang hari dan berkabus. Saya pergi Colac Bay, Riverton Rocks, lookout point selain masuk rumah2 patient kat farm serata tempat before Riverton dari Winton dan sekitar Riverton jugak. Saya seronok dan enjoy tengok bagaimana hidup di ladang kambing dan lembu :)


Salah sebuah rumah patient yang saya pergi. Terasa mcm dalam english movie, rumah jauh2 sebuah2...hihi. Rumah ni sangat mewah dan baru lagi. Tapi terasa jakun lak klu amek gamba dalam rumah ;P


Walau bagaimanapun lepas saya kena attack dengan seekor farm dog yang agak kotor yang meloncat2 dan menggesel2 kat saya, saya terus jadi 'tak sihat' huhu. Kemudian baru tuan rumah dia ikat dia. Ujian buat saya lagi, sebab patutnya saya boleh je tunggu dalam kereta dulu sementara dia kene ikat. Nasib baik tak kene gigit je huhu... Penat saya fikir macam mana nak solat, akhirnya Allah bagi jalan keluar juga :)

Dah la, malas dah nak menaip. Suka duka hidup di pedalaman hihi. Alhamdulilllah, hari ni matahari telah muncul sejak tak muncul2 selama saya di sini. Sejuk je memanjang... Ujian lagi tu. Well, ujian akan tetap datang dan pergi. Bergantung pada kitalah nak perceive macam mana, either sebagai ujian dan hadapi dengan tabah, atau meronta2 dan tak redha dengan ujian tersebut. Dari situ juga keimanan dan kekuatan akan terbina. Benarlah kata2 yang biasa saya dengar, perlu lebih kuat kerana ujian akan semakin besar. Tak penah pulak saya terfikir dulu yang buat medic akan kena tercampak kat kawasan padang rumput Prairie (hihi suka hati je, tak ingat belajar Geog muda2 dulu2), akan kena attack ngan anjing, tertido masa bawak kete huhu (penat dong!), Ramadhan bersendirian, raya pun kot (oh tidak!). Apa2 pun ni baru ujian kecik je. Orang lain lagi hebat di uji dan akan datang lebih berat lagi ujiannya. Semua orang ada ujian masing2 yang kita mungkin tak sesuai dengan ujian tersebut atau tak mampu hadapinya. Allah Maha Adil lagi Maha Penyayang, Rabb pendidik yang Maha Agung. Tabahlah wahai hati. Bersyukur dengan ujian kerana tanda Allah sayang akan kita :)


Rumah di Winton, kereta yang saya bawa ke Riverton...

Wednesday, September 3, 2008

Kecuali Puasa...

Rasulullah SAW biasa berdoa bermaksud, ‘Ya Allah berkati kami dalam Rejab dan Sya’aban dan sampaikan kami Ramadhan.’ Apabila sampai Ramadhan para sahabat saling mengucapkan Ahlan wa sahlan Ramadhan’ bererti selamat datang Ramadhan!

"Wahai orang-orang yang beriman, di wajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana di wajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertakwa," (Al-Baqarah: 183)

Umar bin Khattab menanyakan Ubay bin Ka’ab,
“Apakah kamu telah melalui jalan yang berduri? Jawab Ubay, “Ya.” Kata Umar lagi, “Lalu apa yang kamu lakukan?” Jawab Ubay, “Aku menghindar dan berusaha keras untuk menghindarkannya.” Umar berkata, “Itulah dia takwa!”

"Sungguh telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan. Allah telah memfardhukan atas kamu puasanya. Di dalam bulan Ramadhan dibuka segala pintu surga dan dikunci segala pintu neraka dan dibelenggu seluruh setan. Padanya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Barangsiapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malam itu maka sesungguhnya dia telah dijauhkan dari kebajikan" (Hr. Ahmad)

Ketika Ramadhan menjelang, Rasulullah S.A.W. bersabda bermaksud: "Wahai manusia menjelang tiba bulan agung lagi berkat. Bulan yang di dalamnya ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Sesiapa yang mendekatkan dirinya dengan mendirikan amalan fardhu, seolah-seolah dia telah mendapat 70 pahala fardhu di bulan-bulan yang lain. Sesiapa yang mendekatkan dirinya dengan amalan-amalan sunat, seolah-olah dia mendapat pahala amalan-amalan fardhu di bulan-bulan yang lain. Ia adalah bulan sabar. Ia adalah bulan yang awalnya Rahmat, tengahnya keampunan dan akhirnya selamat dari Neraka." (maksud hadis)

"Siapa yang mendirikan (malam Ramadhan dengan solat Tarawih dan qiamullail di sepuluh akhirnya), dengan keimanan dan berharap ganjaan dari Allah, maka keluarlah dia dari dosa-dosanya seperti hari dia dilhirkan oleh ibunya." (maksud hadis)

“ Solat lima waktu, satu Jumaat ke Jumaat yang akan datang, dari satu Ramadhan ke Ramadhan yang akan datang adalah penghapus dosa bagi seorang muslim selama mana dia menjauhi perbuatan dosa besar” (maksud hadis)

Sabda Rasulullah S.A.W: Maksudnya: " Puasa itu separuh kesabaran ".
Allah S.W.T. berfirman : Maksudnya: "Sesungguhnya orang-orang yang sabar itu di penuhi pahalanya tanpa perhitungan ". (Al-Zamar ayat : 10)


Sabda Rasulullah S.A.W.:
Bermaksud: "Demi Allah yang jiwaku berada di dalam genggamannya, bahawa bau mulut seseorang yang berpuasa adalah lebih harum pada sisi Allah dari bau-bauan minyak kasturi.


Dari Abu Hurairah R.A, Rasulullah S.A.W. telah bersabda: "Setiap amalan anak Adam akan dilipatgandakan, satu kebaikan dengan 10 seumpamanya sehinggalah 700 kali ganda, Allah telah berfirman: Melainkan puasa, sesungguhnya ia adalah untukKu dan Aku yang akan memberi ganjaran dengannya, syahwat dan makanan ditinggalkan demiKu."
"Bagi orang yang brpuasa dua kegembiraan: kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika bertemu Tuhannya." (Hr Bukhari dan Muslim)

Allah a.w berfirman :"Sesungguhnya ia telah meninggalkan syahwatnya, makannya dan minumnya kerana aku. Puasa itu (di lakukan) kerana aku, dan akulah yang akan memberikan balasannya sendiri".

Rasulullah SAW ada bersabda:
“ Sesungguhnya syurga itu mempunyai sebuah pintu yang disebur ar-Rayyan, dipanggil dan diseru pada hari kiamat nanti; manakah dia orang-orang yang berpuasa? Lalu bila orang yang terakhir dari mereka telah masuk ke dalamnya, maka pintu itupun ditutup”


“Bukankah puasa itu semata-mata meninggalkan makan dan minum,tetapi puasa ialah meninggalkan perbuatan sia-sia dan cakap kosong.Jika sesiapa dimaki atau diperbodoh oleh seseorang katakanlah,’Saya berpuasa,saya berpuasa”
(Riwayat lbnu Khuzaimah dan lbnu Hibban).


“Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dan amalan sia-sia maka Allah tidak memerlukannya meninggalkan makan dan minumnya.” (Riwayat Bukhari).

"Bila salah seorang dari kalian berpuasa maka hendaknya ia tidakberbicara buruk dan aib. dan jangan berbicara yang tiada manfaatnya dan bila dimaki seseorang maka berkatalah, 'Aku berpuasa'". (HR. Bukhori).

Umar ibnul Khathab r.a. berkata, "Orang yang berzikir kepada Allah pada bulan Ramadhan akan diampuni dosa-dosanya; dan yang memohon kepada Allah pada bulan Ramadhan tidak akan kecewa."

* Imam Al Ghazali berkata, "Betapa banyak orang berpuasa yang sebenarnya berbuka, dan yang berbuka padahal ber- puasa. Yang berbuka tetapi sebenarnya berpuasa adalah yang makan dan minum, tetapi menjaga seluruh anggota tubuhnya dari perbuatan dosa. Dan yang berpuasa tetapi sebenarnya berbuka adalah yang lapar dan haus, tetapi tercemar anggota tubuhnya (dalam perbuatan dosa).

"Sesungguhnya syaitan berjalan dalam diri anak Adam melalui saluan darah, maka sempitkanlah laluannya dengan berlapar." (sepakat riwayat)

Dari Abi Mas’ud Al-Ghifari r.a,katanya,’Rasulullah SAW bersabda;’Jikalau para hamba itu mengetahui apa dia Ramadhan, nescaya umatku berangan agar setahun itu kesemuanya Ramadhan.’
(Riwayat Ibnu Khuzaimah).


Khutbah Nabi

"Wahai manusia, sesungguhnya kamu akan dinaungi oleh bulan yang senantiasa besar lagi penuh keberkahan, yaitu bulan yang di dalamnya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan; bulan yang Allah telah menjadikan puasanya suatu fardhu, dan qiyam di malam harinya suatu tathawwu'."

"Barangsiapa mendekatkan diri kepada Allah dengan suatu pekerjaan kebajikan di dalamnya, samalah dia dengan orang yang menunaikan suatu fardhu di dalam bulan yang lain."

"Ramadhan itu adalah bulan sabar, sedangkan sabar itu adalah pahalanya surga. Ramadhan itu adalah bulan memberi pertolongan (syahrul muwasah) dan bulan Allah memberikan rizqi kepada mukmin di dalamnya."

"Barangsiapa memberikan makanan berbuka seseorang yang berpuasa, adalah yang demikian itu merupakan pengampunan bagi dosanya dan kemerdekaan dirinya dari neraka. Orang yang memberikan makanan itu memperoleh pahala seperti orang yang berpuasa tanpa sedikitpun berkurang."

Para sahabat berkata, "Ya Rasulullah, tidaklah semua kami memiliki makanan berbuka puasa untuk orang lain yang berpuasa. Maka bersabdalah Rasulullah saw, "Allah memberikan pahala kepada orang yang memberi sebutir kurma, atau seteguk air, atau sehirup susu."

"Dialah bulan yang permulaannya rahmat, pertengahannya ampunan dan akhirnya pembebasan dari neraka. Barangsiapa meringankan beban dari budak sahaya (termasuk di sini para pembantu rumah) niscaya Allah mengampuni dosanya dan memerdekakannya dari neraka."

"Oleh karena itu banyakkanlah yang empat perkara di bulan Ramadhan; dua perkara untuk mendatangkan keridhaan Tuhanmu, dan dua perkara lagi kamu sangat menghajatinya."

"Dua perkara yang pertama ialah mengakui dengan sesungguhnya bahwa tidak ada Tuhan selain Allah dan mohon ampun kepada-Nya . Dua perkara yang kamu sangat memerlukannya ialah mohon surga dan perlindungan dari neraka."

"Barangsiapa memberi minum kepada orang yang berbuka puasa, niscaya Allah memberi minum kepadanya dari air kolam-Ku dengan suatu minuman yang dia tidak merasakan haus lagi sesudahnya, sehingga dia masuk ke dalam surga." (HR. Ibnu Huzaimah).


Maka berlumbalah kalian dalam kebaikan [Al-Baqarah: 148]

Tuesday, August 26, 2008

SIHAT+KUAT+KEEP GOING=CEMERLANG


SIHAT=sihat jasadi, sihat rohani, sihat fikrah
KUAT=kuat jiwa, kuat dalam kesabaran, kuat melawan nafsu, kuat dalam keazaman, kuat cita-cita, kuat semangat, kuat mujahadah, kuat keyakinan
KEEP GOING= istiqamah, berterusan, teguh, thabat/teguh pendirian
CEMERLANG= cemerlang dunia, cemerlang akhirat, cemerlang peribadi, cemerlang ketakwaan, cemerlang keimanan
JAULAH - Journey to Freedom
Be there or be square!

Tuesday, August 19, 2008

Ikhlas dariku...


Aku bukan seperti engkau sangkakan

pura-pura di dalam berjuang

aku tidak pandai menyulam rahsia

juga tak pandai bermadah pujangga


Jika ada benci dihati

oh katakanlah padaku

relaku terima walau kutukan

asalkan aqidah terjaga


Kerana tidak sanggup lagi

mempermainkan dustur Ilahi

hakikat hati tak terluka

walau zahirnya ada yang ketawa


Tuhan...mohon keampunan

ketelanjuran yang berulang kali

teman...kita patrikan disini

berakhir sebuah lamunan duniawi

terima syukur taufik Ilahi


Saturday, August 16, 2008

Conteng-conteng

Kadang-kadang kita tahu, tapi tiba-tiba jadi macam tidak tahu atau pura-pura tidak tahu. Lalu terbitlah masalah, bengong, down dan sebagainya. Jadi perlulah ada orang yang mengingatkan, atau diri sendiri yang mengingatkan dengan berlawan kata-kata dalam otak sendiri atau menasihati diri sendiri atau memberi semangat kepada diri sendiri atau cuba mengingati kata-kata tazkirah/nasihat yang pernah diberikan. Teorinya kembalikan kepada matlamat yang satu. Jangan tengok orang yang lebih sikit amalnya, tetapi tengoklah mereka yang bersungguh-sungguh bekerja dan beramal. Kalau tak mampu nak buat semuanya rilek la... Buat la yang terbaik yang paling mampu. Semoga semuanya ikhlas dan diterima Allah, ameennnn......