
Saya masih ingat lagi yang patient ni came in about 4 weeks ago with diarrhoea and neutropenic fever but still looking well in herself, muka berseri-seri dengan penuh harapan bercerita kat doktor apa problemnya. Tapi later on developed itchiness hampir satu badan, but with no obvious rash. We thought, it could be from her antibiotics, so we changed the antibiotics. Tapi tak hilang-hilang juga. We consulted infectious disease specialist (who did all the fancy tests which I never heard of), to gastroenterologist, discussed in multi-disciplinary meeting, radiology meeting dan termasuklah repeat bone marrow biopsy. We tried everything that we could think of. Pada masa yang sama, dia deveoped juga pancytopenia dan neutrophil count still kosong despite having GCSF (granulocyte-colony stimulating factor).
After the exhaustion of investigating, the BMB results (which took a looong time to release) showed an aplastic bone marrow which mean her bone marrow is not producing any blood cells. Kata doktor, mungkin lymphoma nya progressing atau effect from chemotherapy atau dua-dua sekali. Hanya Allah yang tau (saya tambah). For the meantime, she's rapidly deteriorating. Had units blood with no improvement in symptoms.
Teringat pada pertanyaannya ketika dia masih lagi petah berinteraksi "I am not going to get better, am I? Serba salah saya mendengarnya. Teringat pada setiap kali ward round yang doktor terpaksa memberi jawapan tidak pasti. Walau pun ada tanda-tanda kecewa, tp wajahnya lebih menunjukkan yang dia memahami kami telah mencuba sedaya yang boleh dan dia perlu bersabar lagi dan lagi. Terharu juga saya dengan sikapnya. Sedikit sebanyak, memang dia masuk dalam favourite patients lists saya...
Apabila doktor memaklumkan tentang results BMB, dia dengan pengakuan berani, bersedia utk 'pull off'. Saya sangat terkejut, lagi bercampur takut dan sedeh. Situasi yang saya akan ingat sampai bila-bila, hampir juga menitikkan air mata. Tapi tahan tak mahu get involve emotionally. Saya dapat lihat suaminya di sisi dah pun berjurai-jurai. Seperti memahami perasaanya, saya sangat bersimpati.
Dia telah membuat satu decision yang saya kira sangat berani, walaupun doktor tak mendesak untuk cepat. Slowly, we stopped the antibiotics, stopped giving any bloods, numerous type of medications dan saya sendiri telah stop meletak blood order form untuknya setiap hari. Sejak itu, dia tidak lagi menerima apa-apa blood tests therefore semua orang tak tau apa hemoglobin (Hb) dia setiap hari. 2 hari lepas Hb dia 64 dan 77 sehari sebelumnya (nomal 120-155). Saya kira mungkin dah 40s or less. Yang saya perasan, saya seperti berperasan ganjil dengan semua ini.
Saya tidak tahu akan berjumpa dia lagi atau tidak. Entah kenapa hari ini saya tidak berkesempatan melawatnya semasa ward round. Selalunya saya memang akan beria-ia untuk pergi bersama doktor. Saya cuma terserempak dengan suaminya di kitchen dan bertanya kabar. Nampak ada tanda-tanda yang lebih tenang dan boleh menerima apa yang berlaku walaupun nampak keletihan Saya bersimpati dengannya, entah kenapa.
Entah bila? Mungkin dia akan improve. Seperti seorang pesakit saya yang mengalami acute respiratory distress syndrome (ADRS) due to H1N1, was told to have only 24 hours to live, pulled everything off, suddenly got better and surprised everyone! Atau mungkin jadi seperti seorang lagi patient (with bilateral amputation - telah dipotong dua-dua kakinya) yang kini telah menjangkau 82 tahun, hidupnya depend dengan frequent blood tranfusion every 2-3 weeks (transfusion dependent myloid dysplasia - sum-sum tulangnya pun tidak dapat menghasilkan sel darah). Mungkin? Doktor pakar sekalipun tidak dapat memberikan definite answer. Cuma yang pasti, mati itu pasti.
Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Dan pada hanya hari kiamat sajalah diberikan dengan sempurna balasanmu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sungguh, dia memperoleh kemenangan. Kehidupan dunia adalah kesenangan yang memperdaya. (3:185)

Life if a journey to learn, improve and be in better destination each time. Beberapa opportunistic experiences dari saya sepanjang beberapa minggu ini:
1. Ambil pengajaran dengan apa yang berlaku di sekeliling. Always have a mechanism to learn from your experience. Pasti Allah ingin mengajar kita menjadi hambaNya yang lebih baik.
2. Cuba mengawal emosi kerana pernah dengar teori motivasi, orang yang banyak emosi akan mudah ditawan. Therefore jangan kalah dek kerana masalah emosi (refer hal2 lain juga)
3. Sentiasa bersikap positif dan yakin boleh. Semuanya dengan bantuan Allah yang mengizinkan juga.
4. Jauhi sikap bermalas-malasan kerana ia akan membunuh jiwa dan tidak langsung menjamin peningkatan diri.
5. Volunteer to do stuff. When you do it, then you know and then you can do it easily. Kerja pun jadi cepat.
6. Being a doctor is being human. Sometimes, we not only deal with the disease but with extensive social issues. Use your intelligence and common sense. And sometime you have to deal with difficult staff. Banyak-banyak la bersabar atas semuanya.
7. Organisation and time management is always crucial in everything. You probably don't want to stay back until 8pm on Friday evening!
8. When I was asked, "As a muslim, what would you do/think when the nurses say - this patient need a DNR 'Do Not Resussitate' order. When do you decide?" - need to grasp an understanding of this. Mungkin patut ada 'muslim doctor best practice' juga selain 'evidence base medicine'.
Insha ALlah akan ada lagi learning experience yang dilalui. Be prepared for everything :)
Allahu Musta'an
6 comments:
Alhamdulillah akak terpilih menjadi seorg doktor..Allah bagi peluang untuk lebih byk muhasabah diri thru patients yg dijumpai di hospital..setiap org Allah bg peringatan cuma keadaan dan caranya berbeza.. ;)
teruskan berkongsi pengalaman menarik sebegini..at least bg peluang para selain doktor utk tahu keadaan org2 yg diuji dengan kesakitan ;)
Betul tu, setiap org rezeki dia berbeza-beza. Yg penting kena selalu bersyukur dan redha dgn apa yg di lalui/dapat. Baru jiwa tenang, hidup bahagia ;)
Jzkk BB. iALlah... kalau ada kesempatan lg :)
InsyaAllah... awe xkan bermalas-malasan..
tu laa.. ujian datang dan pergi.. tertakluk pada diri kita sendiri utk mentafsir hikmah disebalik setiap ujian..
*sayang k'sem
salam kak sem,
jzkk kerana berkongsi!
*speechless*
sungguh terkesan di hati saya entry ni. tak tahu kan apa akan jadi pada diri untuk masa akan dtg, kalau harini sihat, esok lusa belum tentu lagi, kalau harini gembira pun belum pasti beberapa jam lagi masih adakah perasaan gembira itu. ape2 pun, iA kita kena igt yang kita ada Allah. tmpt pergantungan semata-mata,iA.
semoga kita semua sentiasa dilindungiNya iA.
jzkk k sem, sangat menarik...sungguh menimbulkan keinsafan, tazkirah tentang kematian yg sgt sampai ke hati, sampai dpt visualize setiap situasi yg diceritakan..mungkin kerana dtgnya dr hati, maka dpt menyentuh hati2 yg membacanya ^_^
Utk pengetahuan semua, patient yg saya ceritakan meninggal dunia dalam few hours selepas saya meninggalkan ward hari terakhir. Mungkin ketika belum pun atikel ni siap ditulis. Semoga sama-sama kita dapat pengajaran.
Hari ni hari terakhir saya di ward oncology/hematology, sy pula tak sihat :( Hilang dh nikmat kesihatan sementara.
Walaupun workload sgt byk, alhamdulillah gembira bekerja dan belajar di situ!
Post a Comment