Friday, April 24, 2009

Virus di Perjalanan Kita



VIRUS 1 : GHURUR
Erti : Tipu daya

Sebab
1. Tidak cakna diri sendiri dan meninggalkan muhasabah
2. Tiada nasihat menasihati
3. Melampau dalam agama
4. Mendalami ilmu yang pelik dan masaal (tanpa amal).
5. Hanya melihat kebaikan dan lupa kepada maksiat sendiri.
6. Cenderung kepada dunia.
7. Terlalu ingin menyembunyikan kebaikan
8. Membezakan mad’u

Kesan Ghurur
· Suka berjadal
· Takabbur yang tidak sepatutnya.
· Keras dengan pandangan sendiri

Tanda-tanda:
· Sentiasa merendahkan orang lain
· Sentiasa menyebutkan kebaikan sendiri
· Sukar tunduk kepada peraturan dan arahan.

Ubat:
1. Ingatkan akibatnya yang buruk
2. Rasa perlu sederhana dalam semua perkara
3. Ingat bahawa amalan sahaja bukan penentu keselamatan akhirat.
4. Sentiasa mentadabbur ayat-ayat Allah.
5. Membaca kesah-kesah salaf saleh yang ikhlas dan zuhud.
6. Mementingkan perkara-perkara yang besar dan usul.
7. Meninggalkan orang ghurur
8. Sentiasa menasihati sahabat yang ghurur
9. Menolak kedudukan hadapan

VIRUS 2 : LEMAH SEMANGAT
Erti : Futur

Sebab :
1. Tasyaddud dan melampau
2. Terlalu banyak bergelumang dengan perkara harus
3. Meninggalkan jamaah dan suka menyendiri
4. Kurang mengingati mati dan akhirat
5. Melalaikan amalan harian
6. Makan/minum atau menggunakan perkara yang haram
7. Melibatkan diri dalam kerja Islam yang juz’i.
8. Membebani badan lebih dari kemampuan.
9. Tiada bersedia menghadapi kesukaran.
10. Berkawan dengan orang yang futur.
11. Melakukan kerja Islam secara spontan dan tidak manhaji.
12. Melakukan dosa walaupun kecil dan merasa senang dengannya.

Kesan:
Kurang pahala - dan kemungkinan mati dalam keadaan begitu.
Lambat sampai kepada matlamat

Ubat:
1. Menjauhkan diri dari maksiat besar dan kecil.
2. Melazimi amalan harian
3. Menghidupkan waktu yang afdhal dengan amalan.
4. Mencampakkan diri ke dalam jamaah dan rela diatur.
5. Memahami hakikat sunnatullah.
6. Memahami tabiat jalan dakwah
7. Memahami dan menuruti manhaj amal Islam yang betul.
8. Sentiasa bersama dengan orang yang berhimmah tinggi.
9. Menghiburkan diri sekali sekala.
10. Sentiasa menatapi buku seerah dan kesah salafus-soleh.
11. Mengingati mati
12.Menghadiri majlis ilmu.

Thursday, April 2, 2009

Mawaddah wa Rahmah


Dan di antara tanda-tanda kebesaranNya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi kaum yang berfikir. ( Ar-Rum:21)



Thursday, January 15, 2009

Penguat Motivasi :)




Bertemu doktor-doktor perubatan mithali sepanjang di Jalan Dakwah ini banyak memberi semangat juang kepada saya. Ada professor patologi yang saya berbicara dengannya tentang Dakwah dan isu umat ini hingga jam 4 pagi tanpa dia merasa jemu. Tak mengapa kerana masa tersebut adalah untuk Dakwah, katanya bila saya meminta maaf kerana ziarah yang panjang. Ada doktor yang sepenuh masa menyelia gudang Bantuan Kemanusiaan (Human Relief) di celah-celah timbunan guni dan kotak dengan penuh tekun, kini dia dipersada yang sama di arena antarabangsa. Ada doktor perunding urologi yang menjadi salah seorang guru dan penunjuk utama saya dalam Dakwah ini. Ini belum lagi doktor-doktor yang tidak pernah saya temui tetapi kisah perjuangan Dr Abdul Aziz Al-Rantisi, Dr Ahmad Al-Malt dll yang mencurah seluruh jiwa raga, masa, harta dan nyawa untuk Dakwah ini sehingga mereka menghembuskan nafas terakhir meredhai dan diredhai Allah swt saya tatapi dengan penuh tekun dan membara. Sungguh ruh Dakwah ini mampu mencipta banyak keajaiban yang tak dapat digambarkan oleh manusia yang lalai.

Seperti posting lalu, pendakwah hakiki ialah mereka yang berjaya melaksanakan fardhu ain dalam menyeru manusia kembali kepada Allah swt. Mujaddid pula adalah orang yang menghidupkan aspek Islam yang sangat diperlukan pada ketika itu seperti Khalifah Umar Abd Aziz (99H) dalam membaiki kehidupan khalifah dizaman banyak aduan tentang gaya hidup khlifah-khalifah sebelum beliau dan Imam Syafie (199H) dalam mengasaskan Usul Fiqh dizaman Islam berkembang ke pelusuk dunia dan sangat memerlukan panduan dan asas dalam mengeluarkan hukum hakam baru. Oleh itu Doktor Dakwah yang hakiki pada zaman umat Islam jahil dan ditindas hari ini adalah doktor yang berperanan seterusnya memimpin perubahan dalam jiwa masyarakat sehingga melayakkan mereka kembali bangkit membimbing dan memimpin orang ramai kepada keagungan Islam, berdepan dengan musuh-musuhnya diseluruh dunia. Seorang doktor boleh memainkan peranan tersebut kerana :

1) Mudah menasihat dan mendidik masyarakat disebabkan kedudukannya yang dihormati.
2) Memberi identiti yang cantik kepada badan dan organisasi yang disertainya, apatah lagi yang dipimpinnya.
3) Boleh memberi sumbangan fikiran, terutama setelah melalui pengalaman luas dan bacaan yang banyak kerana mereka memiliki kecerdikan yang tinggi.
4) Memelihara kesihatan umat dan ini penting untuk mereka berperanan memajukan agama dan negara disamping berjihad dan berdakwah kepada umat yang lain.
5) Berdepan dengan dakyah sesat yang lain yang banyak masuk melalui khidmat kesihatan dan kebajikan.

Setelah melalui sedikit pengalaman dan membuat pengamatan, beberapa perkara perlu disedari agar kita memiliki seramai mungkin Doktor Dakwah yang hakiki, dengan mereka dapat membantu membangkitkan kembali umat ini dari lena lalu membawa mereka kearah keagungan global. Diantaranya :

1) Seperti karier-karier lain yang berbagai, karier sebagai doktor adalah fardhu kifayah dan sekali-kali janganlah karier itu melupakan tuannya terhadap fardhu ain iaitu Dakwah di Jalan Allah.

2) Tempoh sebagai mahasiswa adalah kritikal dalam melahirkan Pendakwah yang hakiki. Hanya mahasiswa yang berjaya dididik meletakkan Dakwah lebih utama dari segalanya yang mampu menjadi Pendakwah yang hakiki dihari tua. Sebaliknya bebanan pelajaran mahasiswa perubatan adalah besar, menjadikan usaha menanam hakikat diatas seringkali sukar. Kebiasaannya, seorang yang lebih mementingkan pelajarannya dizaman mahasiswa akan lebih mementingkan kariernya dizaman bekerja. Sebaiknya dia tekun dan hebat di dalam Dakwah sambil cemerlang di dalam pelajaran.

3) Kerjaya sebagai seorang doktor juga berat dan menyibukkan. Kerjaya lain banyak beinteraksi dengan dokumen dan angka di paparan yang mudah dikendali masa dan keadaannya, sedang doktor mesti berinteraksi secara langsung dengan orang ramai yang seringkali tidak mengira masa, keadaan dan tempat. Ini ditambahan lagi dengan tawaran habuan wang ringgit yang tinggi menjadikan usaha menanam ke dalam jiwa akan hakikat Dakwah sebagai fardhu ain dan lebih utama dari segalanya seringkali tercabar. Pengalaman dan kejadian banyak terbentang di depan mata hingga ke hari ini. Kata ahli Dakwah bermaksud, “Agama ini tidak akan memberi sebahagian kemajuannya kepada kita, melainkan setelah kita memberi segala apa yang ada kepada kita untuknya berupa tenaga, masa, wang ringgit, jiwa dan raga”.

4) Setinggi mana pangkat, seluas dan sebesar mana tanggungjawab terhadap kesihatan orang ramai, seorang doktor wanita tidak boleh mengabaikan tugas asasi mendidik anak-anaknya hingga berjaya menjadi Pendakwah yang hakiki. Mendidik anak memerlukan fokus, masa, perancangan dan kesabaran. Jangan sekali-kali karier tinggi melangit tetapi tugas Dakwah entah kemana, anak-anak terbiar keIslamannya lagi menyedihkan, fardhu kifayah dikejar, fardhu ain diabaikan.





Monday, January 12, 2009

DEKLARASI RAPAT UMUM SELAMATKAN GAZA!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi amat Mengasihani.

DEKLARASI RAPAT UMUM SELAMATKAN GAZA!

Penjajahan Israel ke atas Palestin adalah punca kepada segala masalah yang berlaku di Timur Tengah. Ini dikuatkan lagi dengan sokongan Amerika dan sekutunya yang sering menggunakan kuasa Veto untuk menghalang segala resolusi dan ketetapan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Ini menyebabkan rejim Israel tidak mengendahkan segala ketetapan dan resolusi PBB termasuk Resolusi 1860 yang terakhir. Apa yang lebih malang ialah peranan negara Islam yang sehingga kini hanya menggunakan isu ini sebagai alat dalam rundingan politik.

Rapat umum ini meyakini bahawa tragedi yang sudahpun berlarutan selama 15 hari ini, adalah merupakan siri tindakan kejam rejim Zionis dengan sokongan oleh kuasa-kuasa besar dan seolah-olah direstui secara rahsia oleh pemimpin-pemimpin negara Islam untuk mematikan perjuangan suci rakyat Palestin.

Justeru “Rapat Umum Selamatkan Gaza” pada hari ini ingin mengisytiharkan deklarasi berikut :-

1- Bumi Palestin adalah hak mutlak rakyat Palestin dan segala hak mereka wajib dikembalikan secara keseluruhannya.
2- Menjadi hak syarie kepada rakyat Palestin berjuang untuk mendapatkan kembali segala hak mereka berdasarkan kepada undang-undang antarabangsa dan ketetapan-ketetapan PBB.
3- Mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ketenteraan Israel yang telah membunuh ribuan masyarakat awam di antaranya gugur syahid, cedera parah dan cacat terdiri dari kalangan orang-orang tua, dewasa, wanita, remaja dan kanak-kanak serta memusnahkan segala infrastruktur dan kemudahan awam
4- Menyatakan kekesalan kepada PBB yang sentiasa menjadi alat untuk melaksanakan dan menjaga kepentingan kuasa-kuasa besar.
5- Menggesa negara-negara Islam bersatu dan mengambil tanggungjawab secara ikhlas untuk menyelesaikan masalah ummah berdasarkan tanggungjawab aqidah, syariah, bangsa dan ummah.
6- Menggesa umat Islam seluruhnya menjadikan isu Palestin isu bersama dan melaksanakan agenda untuk mengembalikan Palestin dan menyelamatkan Masjid Al-Aqsa dan Baitul Maqdis dari cengkaman Israel.
7- Menggesa kerajaan negara-negara Islam khususnya Mesir supaya mengambil langkah berkesan dan bersungguh-sungguh untuk menamatkan sekatan ke atas Gaza dan mengembalikan kehidupan yang normal kepada masyarakat Palestin.
8- Menggesa badan-badan perundangan Islam dan Persidangan Negara-negara Islam (OIC) untuk mengambil langkah yang berkesan bagi menghentikan kerakusan Israel dan membawa mereka ke muka pengadilan antarabangsa.
9- Menggesa pertubuhan-pertubuhan, parti-parti politik dan badan-badan NGO melupakan segala perbezaan dan berusaha secara proaktif serta bertindak secara bersepadu, terancang, berkesan dan berterusan untuk menangani isu Palestin.
10-Menggesa negara-negara Islam mengisytiharkan secara rasmi pemboikotan ke atas rejim Israel dari segi diplomatik, ekonomi dan politik ke arah menamatkan penjajahan Israel dan dongengan negara Yahudi yang dibina di atas asas yang rapuh dan palsu.
11-Menggesa supaya semua pihak Palestin kembali ke meja rundingan serta mencari kesepakatan untuk mengatasi sebarang pertelingkahan yang memberi ruang kepada musuh untuk mengeksploitasinya dan meningkatkan tekanan, pencerobohan serta penghinaan ke atas rakyat Palestin.
12- Menekan Amerika daripada menggunakan kuasa Veto menolak cadangan anggota PBB yang lain untuk mengenakan tindakan ke atas Israel.
13- Memboikot barangan Amerika yang banyak menyumbang kepada Pertubuhan Zionis dan penjajahan Rejim Zionis ke atas Palestin.



Penutup

Akhirnya Rapat Umum Selamatkan Gaza menyeru setiap individu Muslim, institusi dan badan (perubatan, bantuan, kebajikan, kewangan dll) melakukan apa sahaja yang termampu oleh mereka seperti memahami dan menerangkan isu Palestin, memboikot barangan yang memberi impak secara langsung di dalam membantu rejim Israel, menyertai bantahan dan demonstrasi mengutuk kekejaman Israel, memberikan sokongan moral, sumbangan kewangan, doa munajat dan sebagainya.

Sekian wassalam mualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


RAPAT UMUM SELAMATKAN GAZA
STADIUM MALAWATI, SHAH ALAM, SELANGOR, MALAYSIA.
SABTU, 10/1/2009.

sumber www.amanpalestin.org

Friday, January 9, 2009

Bersyukurlah selalu...

Dah lama tak menulis kat sini... Macam2 berlaku sejak kebelakangan ni biarlah rahsia hihi... Belek2 laptop ni ternampak pulak tulisan di waktu muhasabah beberapa bulan lalu. Diri ini perlu selalu diingatkan. Pengalaman masa lalu perlu juga diulangkaji agar jadi pengajaran dan bekal untuk ujian/test masa akan datang supaya kita tak buat kesalahan yang sama. Macam kita nak exam, klu lupa, akan buat kesalahan yang sama huhu... Alhamdulillah 'ala kulli hal... Tengok keadaan di Palestin sepatutnya dah cukup untuk membuatkan diri ini sedar diri dan bersyukur selalu... Moga Allah beri kekuatan kepada mereka juga kita semua.

Episod kehidupan ini
Pagi di Tuatapere

Alhamdulillah...
Lafaz yang perlu kerap kali aku lafazkan
Subhanallah...
Mentari pagi di Tuatapere indah sekali
Bermula dengan kemerah-merahan di kaki langit
Kini semakin cerah dan bersinar terang
Damai sekali
Kadang-kadang kelihatan burung-burung kecil menyanyi riang
Mematuk-matuk makanan di bumi milik Allah
Sejenak rangkap lagu ini bermain2 dari Talhah Toshiba

Indahnya ciptaan Tuhan
Pada yang mahu memikirkan
Rahsia segala yg tercipta
Tersembunyi pada kurniaan rahmatNya

Dalam ketenangan ini aku terfikir
Mengapakah ku di sini
Begitu banyak tempat di NZ
Tempat yang sangat terpencil lagi nama yang pelik
Ini yang jadi pilihan oleh Allah untukku
Sesungguhnya Allah maha mengetahui atas semua ini
Bahkan aku tidak
Malah berdoa agar Allah tak biarkan nasibku ditentukan oleh diriku sendiri

Dalam episode kehidupan di sini
Hidup nomad berpindah randah
Dari Winton ke Riverton
Kemudian ke Tuatapere dan juga clinic di Ohai
Bertemu dengan pelbagai ragam manusia
Patient tidak kurang juga peliknya
Sungguh mencuit hati
Kadang-kadang terfikir, maafkan saya tak bermaksud untuk mentertawakan
Sesungguh, Allah telah banyak menghiburkan ku
Turut membuat kan ku berfikir
Tentang kehidupan yang asing buatku
Juga kehidupan yang memandang islam sungguh asing dalam hidup mereka
Aku berpuasa, mereka rasa bersalah makan di depanku (akhlak insani sungguh mereka)
Alhamdulillah... Allah permudahkan
Ketenangan bersama-sama orang yang bersyukur
Lagi banyak bersyukur dan menerima ketentuan Allah
Kita akan semakin redha dan tenang

Dalam episode ini juga
Tinggal bersendirian
Mujahadah ku di uji
Berlawan-lawan dengan peristiwa masa lalu
Mengambil peluang mengganggu diri yang keseorangan
Telah ku ambil 2 kesimpulan dari itu
Bersama-sama ukhti yang sering melayanku di YM...
Jazakillah ukhti...
Semoga ukhti juga ada kesimpulan yang mantap =)

Dan lagi...
Kebosanan dalam clinic yang malap
Mungkin kerana kekurangan kebesaran tingkapnya
Dan lampu yang tak seberapa nak hidup
Kepenatan melihat kes yang lebih kurang sama berulang kali
Oh, tarbiyyah ini juga berulang-ulang!
Jangan kau risaukan itu
Kita solat 5 kali sehari
Puasa sebulan setahun, tiap-tiap tahun
Ini semua melatih akhlak seorang khalifah dan hambaNya
Seorang pelajar daie dan pelajar doctor
Alhamdulillah ala kulli hal...
Alhamdulillah...
Segala puji bagi Allah yang mencipta seluruh alam
Yang menciptakan diriku dan seluruh kehidupanku...

Aku sungguh ingin menjadi hambaMu yang bersyukur
Yang menerima apa jua ketentuanMu dengan kesyukuran dan keredhaanku
Walaupun yang tidak kusukai
Walaupun melalui keputusan orang2 lain yang nampak semacam bukan dariMu
Tetapi Engkau jualah yang memegang hati-hati manusia

Monday, October 20, 2008

Aku Ingin Mencintai-Mu Setulusnya

Aku Ingin Mencintai-Mu Setulusnya


Edcouctic - http://liriknasyid.com


Tuhan betapa aku malu atas semua yang Kau beri

padahal diriku terlalu sering membuatMU kecewa

Entah mungkin karna ku terlena

sementara Engkau beri aku kesempatan berulang kali agar aku kembali

dalam fitrahku sebagai manusia untuk menghambakanMU

betapa tak ada apa-apanya aku dihadapanMU

reff:aku ingin mencintaiMUsetulusnya,

sebenar-benar aku cinta

dalam do'a dalam ucapan dalam setiap langkahku

aku ingin mendekatiMU selamanya

sehina apapun diriku

kuberharap untuk bertemu denganMU ya Rabbi

Friday, September 26, 2008

Spring time!!!







Credit to Elvina for all those pics... Blooming cherry blossoms around the house... (and the tree that she said was nice, taken on her way back from Otautau)
Subhanallah... All praise be to Allah...
Moga imanku, hatiku, akhlakku, semangatku are all positively blooming too, ameen Ya Rabbi.

Uzlah Ramadhan 1429H